Puisi Yang Hanyut

|

(a little idea frm JOM! comic issue 16,2006)

Mawar gadis remaja yang hidup sendirian di sebuah pulau yang tenang setelah kekasihnya pergi atas kehendak Ilahi. Dia tinggal di pulau itu tanpa sebarang gangguan. Dia gembira di sana, bertemankan burung-burung berkicauan setiap hari. Bunga-bungaan mekar yang berwarna-warni. Pantai yang bertiup angin bayu. Dan Mawar paling gemar ke sebuah pohon rendang yang sudah tua di padang yang lapang pada waktu malam.




Pada suatu hari, ketika sedang berjalan di tepi pantai dan menikmati tiupan angin laut, dia terlihat sesuatu yang berkilau disuluh cahaya mentari. Langkahnya mendekati, dan sesebuah botol kaca yang cantik dijumpainya bersama surat misteri di dalamnya.



Mawar tertanya-tanya apa isi yang ditulis di surat itu? Adakah ianya surat berantai atau..? Lalu di percepatkan gerakan jari-jemarinyanya untuk membuka penutup botol tersebut. Setelah penutupnya terbuka, Mawar membaca isinya. Ia sebuah puisi, puisi yang hanyut. Bunyinya sayu, persis seperti hidupnya yang dahulunya kelam.



Kini, siang dan malam hidup Mawar akan bersama puisi itu. Puisi itu seakan merujuk pada dirinya yang merindu sang pujangga yang telah pergi. Hidupnya yang dahulu kelam, kini bertemankan puisi hanyut itu, hidupnya kembali seperti ketika bersama kekasih hatinya. Puisi itu memberi semangat pada dirinya untuk terus menghadapi kehidupan. Senyuman sering terukir dibibirnya ketika membaca puisi itu. Puisi itu adalah puisi kegemarannya, dan dia berharap dapat menemukan penulisnya nanti.




Dengan azam dan tekad, mawar membuat perahunya sendiri. Setelah hampir sebulan, dia yakin perahu itu akan membawanya ke bandar di seberang pulau untuk menemukan penulis itu. Akhirnya, dia berjaya sampai di bandar dengan perasaan yang gembira. Ketika sedang berjalan, dia terdengar pengumuman bahawa malam itu akan diadakan malam bakat, dimana semua orang boleh menunjukkan bakat mereka yang telah terpendam sekian lama. Mawar mengambil kesempatan itu.

Dia akan menyampaikan puisi itu dalam bentuk lagu yang selalu dinyanyikannya ketika di pulau. Dan sebelum membuat persembahan, dia berkata;

Inilah puisi yang hanyut dibawa ombak ke pulau dimana saya tinggal, dan saya ingin sekali menemui penulisnya”.


Dan persembahannya bermula..,

Inilah puisi yang hanyut,
hanyut dibawa ombak yang resah,
merindu pada yang telah pergi,
apa mungkin kan kembali?

Sinar matamu menerangkan hidupku,
Senyuman bibirmu membahagiakan aku,
Belaian jemarimu menenangkan aku,
Andai takdir bisa diubah,
Aku mahu kau kembali.

Sinar mentari memimpin hidupku,
Sinar sang bulan memadam resahku,
Jernihnya titis hujan menemani tangisku,
Sungguh indah ciptaanNya,
Namun kaulah ciptaanNya yang terindah.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Setelah persembahannya selesai, ada seorang wanita yang menghampirinya. Mawar berasa pelik dan dia tertanya-tanya apa mungkin wanita itu adalah penulis puisi itu?. Lalu wanita itu memperkenalkan namanya May. May yang kelihatan sedih itu berkata kepada Mawar bahawa penulis puisi itu adalah rakan baiknya, namanya Feeq. Dia seorang yang baik dan pemurah.




Tapi kemalangan yang tidak dapat dielakkan telah berlaku antara keretanya dan sebuah motorsikal. Dia kini telah pergi meninggalkan kita semua pada malam dia menghanyutkan puisi itu. Memang itu yang dia mahukan, dia mahukan wanita yang jujur dan suci seperti kamu menemuinya. Hanya wanita seperti kamu yang boleh menghidupkan kembali dan mengenang puisi itu setelah dia pergi. Mawar menangis, dia sayu. Harapan untuk bertemu penulis sajak itu terkubur begitu sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 bulan telah berlalu dalam hidup Mawar. Dia kini kembali sepi dengan bertemankan kenangan puisi yang hanyut itu. Hidupnya tidak sebahagia dahulu, Mawar kini menghidap penyakit barah hati. Namun dia tidak mengetahuinya kerana bersendirian di pulaunya itu.

Setelah beberapa bulan berperang dengan penyakit yang tidak diketahuinya itu, Mawar sudah tidak berdaya menanggung sakitnya lagi. Dia berserah kepada Yang Maha Kuasa. Dia juga mempunyai satu hajat yang istimewa. Dia telah merekod suara nyanyian puisi itu dan ingin mereka yang menjumpainya kelak untuk mengenang dan menghayati puisi tersebutselama yang mungkin. Dan dia berharap untuk bertemu Feeq, mungkin di syurga? Tuhan yang menentukannya. Doakan Mawar.





TAMAT




Well, hai kawan-kawan. Dah habes bace? okay. Thanks for reading :) By the way, this is drawn by me and im sorry if the quality of the pictures are not good as yours. I just want to share this story with you guys, hope you are enjoying it. And the poem, i mean it. I will wait for him. I love him, so much. akan update later lps ade idea lagi <33



I wish im stronger;
Siti Aisyah Zakaria




9 prettyfeed:

FatimahAzzahra. said...

esah!
comel gila drawing kau!
cite tu pun best gak!
kau mmg berbakat lah! ;DD

Maya Z. said...

You did this? Everything?
Goshhh....
*clap clap*

Farha Ghouse said...

lovely story. and so the drawings. u are linked :)

love the puisi, 5 bintang :D

Fendy said...

nice

an-zurie ayesya said...

OMG..
you're an artist lah syg!!
Congrats!!

:D

aisyahzakaria said...

thanks guys :)

fazleenayusoff said...

Very well written, Aisyah. I wish my Bahasa is as good.

kieraa! said...

nice one.
:D

ghulam said...

hi there,
nice!..
btw,kamu lukis guna aper yer..